TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan membantu membelikan keperluan asas sewaktu sesi ramah mesra bersama rakyat Johor, petang tadi.
Menurut kenyataan di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.
Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail memaklumkan beliau sangat menyayangi rakyat Johor dan segala yang dilakukan adalah kerana kasih sayang itu.
"Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor. Saya di pihak Johor," kata beliau seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.
Beliau hadir ke pusat beli-belah itu bersama isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam, dan kelihatan tidak kekok bermesra dan mengambil gambar swafoto bersama pengunjung.
Biarpun tidak memperincikan jumlah sebenar perbelanjaan di situ, namun menerusi gambar-gambar yang dikongsi, boleh disimpulkan bahawa jumlah yang dikeluarkan tentunya sangat besar.
Madiha Abdullah
Wed Apr 11 2018
Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang untuk membayarkan harga barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di AEON Tebrau. - Johor Southern Tigers
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TMJ belanja rakyat Johor beli-belah, tanda kasih sayang
Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang untuk membayarkan harga barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di AEON Tebrau.