awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ beri sumbangan kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
18/09/2022
23:45 MYT
TMJ beri sumbangan kepada mangsa banjir
Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat. - Foto Facebook/Onn Hafiz
BATU PAHAT: Semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini, pada Ahad, menerima sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyampaian bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak tersebut telah disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan para sukarelawan Southern Volunteers (SV).
Selain itu, mangsa banjir juga menerima bantuan sebanyak RM1,000 untuk setiap keluarga daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di PPS SMK Sri Gading menurun kepada 164 orang setakat 8 malam ini berbanding 194 orang yang direkodkan pada 8 pagi Ahad.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam satu kenyataan, memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu melibatkan Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#bantuan
#TMJ
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan