awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ menjadi sebahagian kempen TinDAK

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2018
03:41 MYT
TMJ menjadi sebahagian kempen TinDAK
Tunku Ismail berkata, penderaan seksual kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan. - Gambar fail
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan mengambil tanggungjawab menjadi sebahagian daripada kempen Tindak Demi Anak Kita (TinDAK).
Perkara itu dinyatakan dalam laman Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor, di sini hari ini.
Tunku Ismail berkata, membaca berita mengenai bayi berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai dirogol, diliwat dan didera merupakan sangat menyakitkan hati dan mengganggu perasaan.
“Saya dan isteri, YM Che Puan Khaleeda sangat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak dari semua peringkat umur kerana kami juga adalah ibu bapa.
“Oleh itu, kami akan mengambil tanggungjawab menjadi sebahagian daripada kempen Tindak Demi Anak Kita (TinDAK) untuk menyokong dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penderaan seksual kanak-kanak,” katanya seperti dipetik dari laman Facebook rasminya di sini hari ini.
Tunku Ismail berkata, penderaan seksual kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan.
“Ia adalah perkara yang serius yang perlu ditangani kerana ia tidak boleh diterima oleh pelbagai peringkat, termasuk agama,” katanya.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor memaklumkan keluarganya terutama bondanya Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan adik perempuan, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim telah menzahirkan kebimbangan sebelum ini.
“Dan meneruskan kempen seperti ini dengan harapan dapat membawa kesedaran terhadap perkara seperti ini,” katanya.
BACA: Hukuman mati mandatori perlu dikekalkan - Pendakwah
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada kejadian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan suami kepada pengasuhnya sendiri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Topic Berkaitan
#anak
#bayi
#Facebook
#Kanak-kanak
#kempen
#meninggal dunia
#Sultan Ibrahim
#TinDAK
#TMJ
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan