awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB beri pakej bantuan kepada sektor acara perniagaan

Bernama
Bernama
28/11/2020
12:00 MYT
TNB beri pakej bantuan kepada sektor acara perniagaan
TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata antara pakej bantuan itu ialah penangguhan Caj Sambungan Beban (CLC) atas permintaan. - JIMIN LAI / AFP
KUALA LUMPUR:Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memberi jaminan bahawa ia akan terus menawarkan pakej bantuan kepada sektor acara perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 walaupun pakej rangsangan kepada sektor itu berakhir pada 30 September 2020.
TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata antara pakej bantuan itu ialah penangguhan Caj Sambungan Beban (CLC) atas permintaan, pengisytiharan semula Permintaan Maksimum (MD) sepanjang tempoh CLC seperti pelanggan yang telah menyatakan keperluan elektrik yang berlebihan semasa pendaftaran, mereka boleh memohon untuk menyemak semula caj itu dengan dikenakan beberapa caj tambahan.
Kos tambahan itu adalah berdasarkan kepada pelaburan yang dibuat, tahap risiko dan profil pelanggan, pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan penangguhan CLC dan/atau pengurangan MD melaui saluran rasmi TNB.
Mereka harus menyatakan nombor akaun mereka, tempoh yang diminta untuk penangguhan CLC dan kuantum semakan untuk diturunkan dalam MD (dalam kilowatt) untuk permohonan pengisytiharan semula.
Permohonan boleh dihantar sama ada ke Kedai Tenaga atau ibu pejabat TNB di Petaling Jaya, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#COVID-19
#pelaburan
#CLC
#pakej rangsangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan