KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkolaborasi bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk membolehkan jajaran lebuh rayanya turut menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon seiring dengan komitmen kerajaan menuju pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal tahun 2050.
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam memastikan pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS melalui tiga inisiatif kelestarian iaitu membangunkan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik, pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga dan pemasangan system solar fotovoltaik di bangunan Kawasan Rehat dan Rawat(R&R) yang terpilih.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama strategik ini melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 Mac 2022.
Turut hadir adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, KetuaPegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin, Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, Ketua Pegawai Strategi & Usaha Niaga TNB, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin dan Ketua Pegawai Kawalselia & Pengurusan Stakeholder TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.
Melalui kerjasama itu, rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik akan dipasang di R&R terpilih dan berpotensi tinggi di sepanjang jajaran lebuhraya PLUS, manakala sistem pemantauan kecekapan tenaga dan system solar fotovoltaik akan dipasang pada bumbung bangunan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dan R&R Tapah (Arah Utara) dengan jumlah kapasiti lebih 360 kWp (kilowatt peak).
“TNB akan menyediakan bekalan elektrik berdaya harap dan stabil kepada ekosistem pengecasan EV yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak. TNB juga menawarkan penyelesaian kepada PLUS yang boleh mengoptimumkan kos elektrik dan menyokong sumber tenaga hijau dan mampan dalam mengurangkan pelepasan karbon,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din.
Beliau menjelaskan ketiga-tiga inisiatif di bawah MoU tersebut akan mengurangkan pelepasan karbon serta menyokong penggunaan tenaga hijau selain mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik dalam operasi perniagaan bagi meningkatkan lagi komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
“Selain sasaran pelepasan karbon sifar bersih pada tahun 2050 dalam aspek penjanaan tenaga seperti aspirasi kami melalui Hala Tuju Kelestarian (Sustainability Pathway), usaha bersama pelbagai organisasi seperti PLUS ini mengukuhkan lagi keyakinan pelabur mengenai komitmen kami terhadap ESG dan menyediakan potensi langkah-langkah strategik pengembangan bisnes melangkaui kWh,” katanya.
Datuk Ir. Baharin menambah, ia adalah selaras dengan aspirasi TNB untuk muncul sebagai peneraju utama dalam menyediakan solusi Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia dan antarabangsa dengan matlamat mewujudkan kehidupan lebih sejahtera, Better World, Brighter Lives.
Melalui peranan TNB sebagai pemboleh, PLUS menjadi penggerak pertama untuk memulakan infrastruktur rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memperbanyakkan lagi rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik bagi memastikan perjalanan pelanggan yang menggunakan kenderaan elektrik lebih lancar, selamat dan selesa khususnya di sepanjang lebuh raya PLUS.
“Inisiatif ini mengukuhkan komitmen PLUS dalam menerajui industri selaku pengendali lebuh raya yang peka terhadap kelestarian alam sekitar. Di samping memastikan tadbir urus yang baik dan komited terhadap keperluan masyarakat, pengurusan alam sekitar juga merupakan salah satu tunjang utama yang memacu perkembangan PLUS untuk menjadi Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan (Smart Highway of the Future),” tambah beliau.
Menurut Datuk Azman, ia adalah seiring dengan inisiatif-inisiatif hijau lain yang dilaksanakan PLUS termasuklah penggunaan teknologi hijau di premis-premisnya, menggunakan turapan yang dikitar semula untuk menurap jalan di kawasan R&R, serta menggunakan bahan yang lebih mesra alam dalam pengendalian operasi lebuh rayanya.
“MoU ini juga merupakan salah satu langkah kami untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dalam operasi seharian kami, di mana ia telah bermula denganpensijilan ISO 14001:2015 Sistem Pengurusan Alam Sekitar pada tahun 2016, serta Pelan Hala Tuju Hijau yang diperkenalkan pada tahun 2018,” jelas Datuk Azman.
Pada masa yang sama, PLUS juga menyambut baik kolaborasi bersama TNB ini dan menyifatkannya sebagai salah satu pendekatan syarikat ini dalam mendokong ESG. Ia bertepatan dengan hasrat dan matlamat PLUS iaitu menjaga pelanggan lebuhraya dengan baik sepanjang perjalanan mereka.
Kemudahan rangkaian infrastruktur stesen pengecas kenderaan elektrik itu dijangka bukan hanya menarik minat pengguna baru kenderaan elektrik, bahkan pengusaha pengangkutan khususnya syarikat multinasional yang mahu beralih dari menggunakan kenderaan enjin pembakaran dalam (Internal Combustion Engine) kepada kenderaan berasaskan elektrik, dalam usaha menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sambil menjimatkan kos operasi.
Sejak Jun 2021, TNB giat menjalinkan kerjasama untuk memacu penggunaan kenderaan elektrik yang lebih meluas di Malaysia. Selain PLUS, rakan strategiknya setakat ini termasuk DHL Express, Sime Darby Motors, BMW Group Malaysia, Malaysia Automotive, Robotics and IOT Institute (MARii), SOCAR Mobility Malaysia (Socar) dan Majlis Bandaraya Ipoh.
Kenyataan Media
Mon Mar 14 2022
TNB dan PLUS berkolaborasi pastikan pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.
Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
WCE Banting-Gelang Patah jadi alternatif, atasi kesesakan PLUS - Loke
Lebuh raya WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula Rabu sempena Deepavali
Pengaktifan itu merupakan tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.
Deepavali: 2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai esok
Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.