awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB nafi video tular air sungai deras di Tasik Kenyir

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2021
01:57 MYT
TNB nafi video tular air sungai deras di Tasik Kenyir
Status Facebook KECV memaklumkan berlaku arus deras berhampiran perkampungan konservasi gajah di Tasik Kenyir. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan video tular di media sosial pada Khamis yang memaparkan kejadian arus sungai deras yang dikatakan berlaku di Tasik Kenyir.
Kenyataan rasmi di laman Facebook TNB Care pada Jumaat berkata, sungai yang dipaparkan dalam video itu adalah Sungai Telemong yang terletak berdekatan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir.
Bagaimanapun katanya, aliran sungai berkenaan tidak mengalir masuk ke tasik buatan manusia itu.
"Setakat ini, paras air di empangan Kenyir masih di tahap selamat dan terkawal.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dan berkongsi berita tidak sahih menerusi media sosial," katanya
Pada Khamis, sebuah video berdurasi 18 saat yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok menunjukkan air sungai deras sehingga melimpah ke jambatan.
Hasil semakan mendapati, video asal dimuat naik di media sosial menunjukkan lokasi di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV).
Bagaimanapun perkongsian menerusi Facebook rasmi KECV memberitahu, keadaan air sungai kembali pulih jam 12 tengah hari pada Khamis.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#banjir
#Tasik Kenyir
#TNB
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan