awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB tanam 19,800 anak pokok bakau di Manjung sejak 2013

Bernama
Bernama
13/02/2022
21:19 MYT
TNB tanam 19,800 anak pokok bakau di Manjung sejak 2013
Lokasi penanaman adalah Kampung Sungai Limau di Manjung (gambar) serta sekitar Pasir Panjang di Kinta. - Foto Sinar Harian/TNB
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menanam 19,800 anak pokok bakau menerusi program pemulihan hutan bakau di kejiranan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak sejak 2013 hingga kini.
TNB dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan lokasi penanaman adalah di sekitar Pasir Panjang di Kinta serta Kampung Sungai Tiram dan Kampung Sungai Limau di Manjung.
"Jumlah ini adalah sebahagian daripada sejumlah 23,700 anak benih bakau yang ditanam TNB di negeri-negeri Semenanjung. Selain Perak, TNB turut menanam bakau di pesisiran pantai di Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Ia termasuk empat lokasi habitat kelip-kelip dipulihara oleh TNB di Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Selangor; Kampung Dew di Taiping, Perak; Kampung Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan dan Kampung Yak Yah di Kemaman, Terengganu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan bermula Januari hingga Disember tahun lepas, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah menanam 1,167 batang anak pokok bakau di sepanjang pantai Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Inisiatif berterusan itu sejajar dengan komitmen TNB terhadap isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sekali gus meningkatkan kepelbagaian spesies flora dan fauna serta menyediakan habitat baharu untuk hidupan liar serta mencegah hakisan pantai dalam jangka masa panjang.
"Ia juga dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat dari segi pembangunan ekonomi baharu melalui aktiviti ekopelancongan sambil memperkaya sumber hidupan marin, lantas berpontensi membantu pendapatan para nelayan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#anak pokok bakau
#program pemulihan hutan bakau
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan