awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok dalang wayang kulit berbangsa Cina tetap ceria sambut Tahun Baharu

Bernama
Bernama
11/02/2021
21:15 MYT
Tok dalang wayang kulit berbangsa Cina tetap ceria sambut Tahun Baharu
Berketurunan Cina Peranakan, Pak Cu mula menceburi persembahan wayang kulit yang biasanya dimainkan masyarakat Melayu di negeri itu sejak berusia 9 tahun lagi. - BERNAMA
PASIR MAS:Meskipun Tahun Baharu Cina yang disambut mungkin suram ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun keluarga tok dalang wayang kulit berbangsa Cina yang terkenal di Kelantan ini tetap ceria menyambutnya.
Eyo Hock Seng, 65, atau lebih mesra dipanggil Pak Cu, bukan sahaja menghias rumah agar berseri untuk sambutan itu malah beliau turut menitipkan lagu berunsur nasihat melalui persembahan wayang kulit kepada wartawan ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pasir Parit Chekok di sini pada Khamis.
"Selamat Tahun Baharu, kita semua ucapkan tak kira apa bangsa. Jangan langgar SOP (prosedur operasi standard) nanti kena COVID-19. Ia mudah berjangkit atas manusia... atas manusia," katanya ketika mengalunkan lagu itu.
Berketurunan Cina Peranakan, beliau mula menceburi persembahan wayang kulit yang biasanya dimainkan masyarakat Melayu di negeri itu sejak berusia 9 tahun lagi.
Seorang anaknya, Eyo Cal Wiss, 24, turut berjinak-jinak dalam persembahan seni tradisional itu.
Demi cintanya kepada wayang kulit, Pak Cu telah membina sebuah Muzium Seni dan Budaya bersebelahan kediamannya yang menyimpan segala khazanah berkaitan persembahan wayang kulit.
Mengulas sambutan tahun baharu, beliau berkata buat pertama kali, dua daripada tujuh anaknya tidak dapat pulang pada tahun ini.
"Mereka bekerja di Kuala Lumpur tetapi saya nasihatkan mereka supaya jangan sedih sebab nanti COVID-19 akan berakhir juga dan nanti boleh beraya bersama.
"Saya nasihatkan mereka agar patuh kepada apa sahaja nasihat kerajaan kerana apa yang mereka buat ini adalah untuk kebaikan kita semua," katanya.
Beliau berkata apa yang akan dilakukannya ialah mengadakan sidang video melalui telefon pintar ketika berlangsungnya 'makan besar' petang ini dan juga ketika sambutan perayaan itu esok.
"Biarlah saya tengok anak cucu saya melalui panggilan video. Hilang juga rindu saya nanti," kata warga emas yang mempunyai enam cucu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tok dalang
#wayang kulit
#Cina
#peranakan
#PKP
#Tahun Baharu Cina
#Pak Cu
#sambutan
#suram
#ceria
#Muzium Seni dan Budaya
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan