ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 April 2026.
SUKMA 2026 diteruskan, kos dijimatkan hingga 50 peratus - Exco Selangor
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 akan diteruskan dengan pelaksanaan langkah penjimatan sehingga 50 peratus susulan ketidaktentuan ekonomi global dan keperluan mengoptimumkan perbelanjaan.
AirTrunk tambah pelaburan RM12 bilion - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat platform pusat data hiperskala, AirTrunk, akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan komited di Malaysia mencecah RM27 bilion.
Amir Hamdan tinggalkan Prasarana selepas hampir lapan tahun berkhidmat
Prasarana Malaysia Berhad hari ini mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO), Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya selepas hampir lapan tahun bersama syarikat pengendali pengangkutan awam itu.
Enam kapal GSF 2.0 dipintas tentera rejim Israel libatkan 10 rakyat Malaysia
SNCC sahkan enam daripada 22 kapal yang dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza, melibatkan 10 rakyat Malaysia.
Kemelut DUN Negeri Sembilan: 14 ADUN BN setuju sokong Kerajaan Perpaduan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan tersebut dicapai selepas perbincangan hari ini bersama semua ADUN terlibat.
Kes gangguan seksual: Ebit Lew diarah bela diri atas 11 pertuduhan
Mahkamah Majistret memerintahkan pendakwah Ebit Lew, membela diri atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.
- Kediaman Balai Undang Luak Sungei Ujong diarah kosong serta-merta
Krisis melibatkan institusi adat dan kemelut politik memabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun semakin memuncak apabila kerajaaan negeri pada Khamis dikatakan telah mengarahkan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong dikosongkan.
- AKPS cadang pintu masuk berisiko di utara diterajui pegawai polis
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mencadangkan supaya semua pintu masuk di utara Semenanjung Malaysia, yang berisiko disalah guna untuk aktiviti penyeludupan, diterajui oleh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Pengunjung Rain Wave 2026 diminta patuh undang-undang - Polis
Pengunjung Festival Muzik Air Rain Rave 2026 dari hari ini hingga Sabtu di Bukit Bintang diminta mematuhi undang-undang serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan gejala tidak bermoral.
- GSF2.0: Kapal Tam Tam dirosakkan rejim Zionis, 10 rakyat Malaysia dibawa ke Israel - SNCC
Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis di dalamnya dalam keadaan selamat.