JELI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed melancarkan kelas tambahan bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli sebagai usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak anak pedalaman di negeri Kelantan.
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Menurut Ahli Parlimen Jeli itu, seorang guru bahasa Inggeris juga ditugaskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian.
“Ini merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah yang dilaksanakan bagi melengkapi kelas yang diadakan oleh pihak sekolah
“Dalam masa sama, satu survei akan diadakan dalam kalangan pelajar bagi mendapatkan maklum balas mengenai PdPR, penggunan peranti seperti telefon pintar atau komputer riba dan liputan internet di kawasan mereka,” kata Mustapa dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Di samping itu, beliau berkata, tumpuan juga akan diberikan dari sudut tatabahasa dan penulisan.
Kelas tersebut, jelas Mustapa, akan diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Mustapa berkata kelas tuisyen berkenaan merupakan kesinambungan kepada Tuisyen Darul Falah yang dilaksanakan sejak tahun 1995 dan mempunyai lebih 5,000 alumni.
Dalam masa sama, beliau berkata, usaha untuk meningkatkan liputan internet di Jeli juga sedang dilaksanakan.
"Pada Februari lalu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah meninjau 13 lokasi yang menghadapi masalah liputan.
“Antara tindakan yang telah dilaksanakan ialah membina menara komunikasi di Kampung Rabbana, Jeli dan ianya telah siap untuk digunakan" ujarnya.
Menurut Mustapa, tindakan-tindakan susulan sedang dilaksanakan oleh SKMM di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Beliau berharap kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bagi meluaskan liputan internet yang berkualiti dilaksanakan segera untuk memastikan capaian internet yang baik dapat dikecapi.
Dalam masa sama, Jeli, katanya, akan dijadikan sebagai contoh pembangunan digital kawasan luar bandar.
Vivi Sumanti
Fri Jun 18 2021
Menurut Mustapa, sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.