Usia yang sudah melebihi seabad tidak sekali-kali menjadi alasan untuk tidak berusaha mencari rezeki menggunakan kudrat sendiri.
Itulah yang dapat dipelajari apabila mengenali Sepora Amin dari Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba, Langkawi.
Seperti kisahnya yang telah tular baru-baru ini, Sepora yang dikenali dengan panggilan Tok Pora, masih kuat turun ke laut untuk menangguk udang siring dan mencari siput.
Khabar mengenainya telah menarik perhatian pegawai-pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan media yang menziarah warga emas itu.
Tok Pora merupakan ibu kepada enam orang anak, seorang perempuan dan lima lelaki, kelihatan masih cergas bergerak ke sana sini di halaman rumahnya.
Walaupun dalam kad pengenalannya menunjukkan dia berumur 93 tahun, turutan nombor kad pengenalan dengan pangkal digit ‘26’ itu mempunyai tanda bintang (yang bermaksud tidak pasti tarikh sebenar kelahirannya).
Jelas Tok Pora, kad pengenalan tersebut dibuat ketika umurnya sudah belasan tahun.
“Tak boleh duduk, sakit habis sebab tak keluar peluh, rasa nak demam saja. Kalau dah pergi (membuat aktiviti) seperti pergi cari udang atau siput di tepi pantai, atau turun laut barulah (terasa lebih baik),” ujarnya.
Tok Pora bagaimanapun mengakui, aktivitinya memerah tenaga di laut itu adakalanya tidak digalakkan oleh anak-anaknya.
Berkongsi amalan untuk menjaga tahap kesihatannya, Tok Pora berkata, tiada keistimewaan dalam rutin hariannya melainkan mengamalkan pengambilan ulam-ulaman dan ikan yang direbus atau dibakar dalam pemakanannya.
“Tok pun tak tahu, dari zaman tok nenek pun dah macam ni. Makan pucuk-pucuk kayu seperti lakot, cemumar, kaduk, kangkung atau pucuk palas.
“Penyakit pula tidak ada, cuma pening sikit-sikit saja. (Apabila) menjala ikan, ia kemudian direbus atau dibakar dan dimakan dengan sayur. Lauk rendang tak suka sebab takut minyak, sebab sayang suara sebab mengaji dulu suara sedap, semua orang gila.
“Tak pernah juga makan ais. Tak pernah masuk hospital, kecuali cuma pergi merawatr mata sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah LKIM, Jamaludin Othman, yang mengetuai rombongan berkata, Tok Pora termasuk dalam golongan sasar LKIM yang perlu dibantu dari segi peralatan nelayan termasuk meningkatkan kualiti pengeluaran hasil laut.
Menurut Jamaludin, Tok Pora boleh dibantu dari segi peralatan untuk menangguk udang dan peralatan mahupun pembungkusan yang lebih sesuai supaya kualiti hasil produk lautnya dapat diperbaiki dan seterusnya dapat tingkatkan hasil pendapatan.
“Kita datang untuk berziarah kerana kita faham beliau masih menjalankan aktiviti menangguk udang untuk dijadikan belacan untuk punca pendapatan harian.
“Mana-mana individu yang menjalan aktiviti laut adalah kumpulan sasar LKIM yang wajar diberi perhatian untuk pemberian bantuan. Dalam kes ini, kita boleh membantu Tok Pora melalui peralatan sama ada untuk mekanisasi atau pembungkusan yang lebih sesuai agar kualiti produk Tok Pora dapat ditingkatkan,” jelas Jamaludin.
Salim Aziz
Thu Dec 26 2019
Tok Pora menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang ringkas dan sentiasa bekerja. - Astro AWANI
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tok Pora kini berusia lebih 100 tahun, masih perah tenaga mencari rezeki di laut
Sepora yang dikenali dengan panggilan Tok Pora, masih kuat turun ke laut untuk menangguk udang siring dan mencari siput.