MARANG: Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis syabu dan yaba keseluruhan bernilai RM495,760, sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar di Terengganu setakat ini bagi 2022.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Deris berkata lelaki berumur 54 tahun yang dipercayai tokan besar dadah itu diberkas hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Yaakob di Bukit Payong di sini Isnin lepas menerusi Op Tapis Khas 3.0.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut polis menjumpai dadah jenis syabu seberat 13,199.52 gram yang bernilai RM468,000 dan dadah jenis yaba seberat 555.20 gram bernilai RM27,760.
"Selain rampasan tersebut, polis juga telah menyita wang tunai bernilai RM12,140. Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran di Terengganu dan meliputi sebahagian negeri Pahang.
"Polis juga percaya rumah yang diserbu itu telah disewa oleh suspek untuk dijadikan tempat memproses (dadah). Rumah tersebut juga telah dipasang empat kamera litar tertutup (CCTV) yang berkemungkinan besar untuk mengesan kehadiran pihak polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, di sini hari ini.
Mohd Zain berkata pemeriksaan mendapati lelaki warga tempatan yang bekerja sendiri itu positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 24 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, suspek juga mempunyai 19 rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan dadah dan telah bergiat aktif sejak 1998.
Malah katanya, lelaki itu juga kini masih dalam proses perbicaraan kes di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, setelah ditangkap pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris (tengah) bersama anggotanya menunjukan dadah dipercayai jenis syabu dan pil yaba bernilai RM495,760 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini. - Foto BERNAMA

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Tokan besar ditahan, dadah bernilai hampir setengah juta ringgit dirampas
Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis syabu dan yaba keseluruhan bernilai RM495,760, sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar di Terengganu setakat ini bagi 2022.