Seorang tokoh terkemuka Islam hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan umat Islam terutama generasi muda mendalami agama melalui laman sosial seperti Facebook (FB) dan Google, berbanding menghadiri kelas agama sebenar.
Pensyarah Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar, Sheikh Dr Usama El Sayyed Mahmoud berkata, persoalan agama terutama yang membabitkan akidah perlu dilihat dalam ruang yang luas kerana ia turut membabitkan isu keselamatan, moral dan teknologi.
"Perkara ini dirisaukan akan memberi kesan jangka panjang kepada pembentukan akidah mereka kerana apabila mereka (belajar) melalui FB, ia hanya perkongsian ilmu secara asas saja...tidak menyeluruh dan boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang tidak tepat.
Beliau mengemukakan masalah ini dalam hujahnya di 'Wacana Antarabangsa Intelek Islam: Akidah Murni Pusaka Nabi Muhammad SAW' anjuran Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang di sini pada Selasa.
Wacana itu yang membincangkan 'Isu Kecelaruan Akidah Umat Islam Kini, Cabaran dan Penyelesaiannya' turut disertai ulama terkemuka dalam bidang ilmu Al-Kalam, Mantiq dan Usul al-Fiqh, Sheikh Saed Mahmoud Foudah.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad menjadi moderator pada majlis berkenaan.
Dr Usama berkata, "Teknologi ini (laman sosial) juga dijadikan medan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fahaman mereka secara halus...mengelirukan umat Islam lain.
"Sebagai contoh, tindakan ISIS yang melakukan kekejaman di Iraq... perbuatan mereka jelas tidak mewakili ajaran Islam sebenar dan akhirnya memberikan imej buruk kepada agama Islam," katanya.
Sheikh Saed Mahmoud pula berpendapat fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah yang terbaik kerana ia berpandukan al-Quran dan para ulama sudah memberikan takrif tepat mengenai fahaman berkenaan.
"Melalui fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah...umat Islam perlu memahami syariat Islam sebenar dan menguasai cara menggunakan akal dengan baik bagi memastikan setiap kandungan al-Quran dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka dengan baik," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob ketika merasmikan wacana itu berkata, umat Islam perlu mempelajari dan memahami persoalan akidah secara berterusan menerusi majlis ilmu dan kelas agama yang dikendalikan cendekiawan Islam yang bertauliah.
Ini untuk mengelakkan umat Islam dari terpesong akidah ekoran kemunculan pelbagai fahaman yang dibawa pihak-pihak tertentu, kata beliau.
Bernama
Tue Aug 19 2014
Penceramah dari Mesir, Sheikh Dr Usama El-Sayyed Mahmoud Al-Azhari (kiri) memberi hujahnya pada majlis Wacana Antarabangsa Intelek Islam dengan tajuk Akidah Murni Pusaka Nabi Muhammad "Isu Kecelaruan Akidah Umat Islam Kini, Cabaran dan Penyelesaian"
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Tokoh Islam dunia tegur generasi muda dalami agama menerusi Facebook, Google
Seorang tokoh terkemuka Islam hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan umat Islam terutama generasi muda mendalami agama melalui laman sosial seperti Facebook (FB) dan Google.