KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara 2014 ,Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee, meninggal dunia, awal pagi hari ini.
Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Datin Noraini Shariff.
"Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada pukul 2 pagi," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Solat jenazah akan dilakukan Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Selangor pada 9.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.
Ahmad Rejal, 83, merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.
Ahmad Rejal adalah antara pengamal media terawal yang meneroka konsep media dwibahasa dan antara kakitangan pengasas Bernama.
Sepanjang berkhidmat di Bernama, Allahyarham pernah menjawat jawatan Ketua Meja Politik dan Parlimen, kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarang dan Ketua Bahagian Ekonomi sebelum meninggalkan agensi berita itu untuk menyertai The News Straits Times pada 1976.
Bagaimanapun, Ahmad Rejal kembali menyertai Bernama sebagai Ketua Pengarang pada 1981 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1989.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Akhbar Malaysia pada Januari 1984 hingga April 1989.
Ahmad Rejal telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air.
Turut dipilih menerima anugerah tersebut pada tahun itu ialah bekas Pengarang Bersekutu Kumpulan New Straits Times Allahyarham Zainon Ahmad. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Tokoh Wartawan Negara 2014, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini pada usia 84 tahun.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.