awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam" - Nota misteri ditinggalkan di sisi mayat bayi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/11/2020
11:24 MYT
"Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam" - Nota misteri ditinggalkan di sisi mayat bayi
Inilah nota yang ditinggalkan bersama mayat bayi, berhampiran sebuah masjid di Sungai Way, Petaling Jaya. - Gambar IPD Petaling Jaya
PETALING JAYA:"Saya dibuang keluarga disebabkan anak ini. Saya tiada tempat tinggal yang sempurna dan tidak ada duit untuk membawa anak ini ke hospital.
"Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam dan elok-elok," begitu sekeping nota yang ditinggalkan bersama mayat seorang bayi perempuan dipercayai berusia empat bulan, yang ditemukan berhampiran sebuah masjid di Sungai Way, di sini pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan plastik itu ditemukan oleh imam masjid itu pada pukul 8.48 malam berhampiran tayar keretanya.
"Semakan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan masjid itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan wanita warga asing di sebuah bilik hotel di Jalan SS3/39 Petaling Jaya.
"Ketika keterangan direkodkan, pasangan itu turut mengaku meninggalkan mayat bayi itu di hadapan masjid," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau memberitahu, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 26 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#suspek
#warga asing
#Petaling Jaya
#hotel
#jenazah
#Bayi ditinggalkan
#berhampiran masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan