awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tolonglah, saya berhenti berniaga sementara sebab tiada air' - Peniaga

Eton Khir
Eton Khir
13/10/2021
13:12 MYT
'Tolonglah, saya berhenti berniaga sementara sebab tiada air' - Peniaga
Gangguan air berjadual di Lembah Klang bermula hari ini (Rabu) dan wilayah yang terlibat termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: “Tolonglah … saya terpaksa berhenti berniaga sementara sebab gangguan bekalan air ini. “
Itu luahan Ramlah Kamarudin, 59, seorang penduduk dan peniaga di Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 16 di sini, pada Rabu.
“Makcik dah bersiap-sedia untuk mengisi air untuk keperluan beberapa hari bagi mengasingkan air beras dan membasuh ayam,” kata Ramlah.
Bagi Ahmad Suleiman, 42 yang merupakan pengusaha makanan yang juga pemastautin di pangsapuri PKNS itu, masalah kekurangan tangka air akan membantutkan perniagaannya.
“Air yang telah ditadah ini hanya mampu bertahan sehari sahaja … jadi ada kemungkinan kedai makan saya terpaksa ditutup sementara,” kata Ahmad Suleiman.
Astro AWANI juga sempat menemu bual Nur Nadhirah Mohd Sofi, 24, seorang suri rumah yang mempunyai dua anak kecil.
“Hari ini ialah hari pertama berlaku gangguan air (berjadual), namun situasi ini sekiranya berterusan akan menyukarkan kami sekeluarga kerana kedua-dua anak saya masih menyusu,” kata Nur Nadhirah.
Gangguan air berjadual di Lembah Klang bermula hari ini (Rabu) dan wilayah yang terlibat termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Setakat 5 petang Rabu, Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah berada pada tahap 83.9 peratus sehingga jam 5 petang tadi.
Air Selangor turut berkata, kerja-kerja pembaikpulihan masih giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya malam ini (Rabu).
Sebelum itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata Ar Selangor memaklumkan setakat 3 petang tadi (Rabu), kerja-kerja penambahbaikan mencapai tahap 76.4 peratus, iaitu lebih awal daripada jadual asal iaitu 65 peratus.
Topic Berkaitan
#gangguan air berjadual
#pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
#Air Selangor Sdn Bhd
#gangguan air Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan