NATIONAL
Gangguan air: Kerja penyenggaraan capai 83.9 peratus, dijangka siap malam ini

Menurut Air Selangor, setakat jam 5 petang, kerja-kerja masih giat dijalankan dan ia dijangka siap sepenuhnya malam ini. - Gambar/ Twitter Air Selangor
KUALA LUMPUR: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah berada pada tahap 83.9 peratus sehingga jam 5 petang tadi.
Menurut Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kerja-kerja berkaitan masih giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya malam ini.
“Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober 2021,” jelas Air Selangor.
Senarai lengkap kawasan yang terjejas, pili air awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati menerusi pautan hentitugas.airselangor.com.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami