KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mendakwa saman yang difailkan Datuk Seri Najib Razak terhadapnya dan kerajaan atas dakwaan salah guna kuasa ketika mendakwa bekas perdana menteri itu dalam beberapa kes, adalah atas tujuan politik.
Menerusi afidavit sokongan bagi membatalkan saman bekas perdana menteri itu, Tommy berkata beliau percaya yang Najib memfailkan saman itu untuk digunakan dalam kempen menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini dan juga untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang, yang perlu diadakan pada pertengahan 2023.
Tommy, 69, berkata perkara ini dibuktikan dengan fakta bahawa pertuduhan ini hanya dibangkitkan oleh Najib buat kali pertamanya, walaupun beliau telah didakwa dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Septermber 2018 serta kes pengubahan wang haram pada 2019.
Beliau mendakwa, Najib tidak pernah membangkitkan sebarang dakwaan 'pendakwaan jahat' sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam kes SRC International Sdn Bhd dan kes 1MDB yang sedang berjalan.
Tommy adalah Peguam Negara dari 4 Jun 2018 sehingga 28 Feb 2020 berkata, empat kes jenayah Najib basih belum selesai di Mahkamah Tinggi dan oleh sebab itu Najib masih kekal sebagai orang yang dituduh.
Tommy mendakwa sebagai seorang Pendakwa Raya, beliau tidak bertanggungjawab menjaga orang yang didakwa seperti Najib, antara lain kerana sistem adversarial di bawah undang-undang Malayia.
Beliau berkata jika saman itu tidak dibatalkan, tetapi perbicaraan diadakan atas pertimbangan pembuktian sivil, ia akan menyebabkan kes Najib akan dibicarakan semula sementara kes jenayah (dengan bebanan yang lebih tinggi) sedang berjalan.
"Ini tidak mampan dalam undang-undang. Ia juga bertentangan dengan kepentingan awam," katanya lagi.
Tommy berkata dalam saman itu, Najib juga mendakwa yang dirinya (Tommy) telah membuat prasangka terhadap kesnya, sebelum membuat keputusan untuk mendakwanya serta campur tangan dalam penyiasatan.
"Apabila setiap kertas siasatan (IP) berkaitan Najib diserahkan kepada saya, saya berpuas hati bahwa terdapat kes yang kukuh terhadapnya. Saya melihat IP itu sebaik mungkin, membincangkannya dengan pegawai berkaitan di pejabat Pendakwa Raya (PP) dan kemudiannya secara jujur membuat keputusan untuk mendakwa Najib.
"Sehubungan itu, dakwaan dalam penyataan tuntutan yang menyatakan bahawa saya membuat keputusan untuk mendakwa beliau walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang salah laku, adalah dinafikan.
Sama ada saya atau mana-mana kakitangan daripada pejabat PP masuk campur dalam siasatan SPRM terhadap Najib yang menyebabkan pendakwaan dilakukan. Siasatan dilakukan secara bebas oleh SPRM," kata Tommy.
Beliau berkata, dakwaan plantif bertujuan untuk menggangu dan menakut-nakutkan beliau kerana telah menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan telah menggunakan budi bicaranya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa beliau (Najib).
Pada 22 Okt Najib memfailkan saman terhadap Tommy berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sebahagian daripada perbuatan yang telah dirancang lebih awal oleh Tommy dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Beliau mendakwa, pada 2015, Tommy telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan kesalahan-kesalahan dan salah urus yang kononnya dilakukan kepada dana 1MDB dan turut menasihati Dr Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap Najib berhubung penglibatannya dalam 1MDB.
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Jan 2022 untuk pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Tommy adalah Peguam Negara dari 4 Jun 2018 sehingga 28 Feb 2020 berkata, empat kes jenayah Najib basih belum selesai di Mahkamah Tinggi dan oleh sebab itu Najib masih kekal sebagai orang yang dituduh. - Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.
Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.
Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Beliau berhasrat menarik diri atas alasan suaminya pernah berkhidmat di bawah Thomas dan kerana kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.
Najib dibenar ke mahkamah dengar rayuan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas pada 4 Okt
Najib dibenar hadir ke mahkamah minggu depan untuk pendengaran rayuannya berhubung saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.