Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah diarahkan meninggalkan negeri ini menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 4.20 petang ini.

Jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara tersebut.

"Disahkan bahawa YB Tony Pua telah diperiksa keluar meninggalkan negeri Sarawak pada 4.20 petang ini dari Lapangan Terbang Miri ke Kuala Lumpur atas arahan pihak Penguasa Imigresen Negeri Sarawak," katanya.

Bernama difahamkan Pua, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, tiba di Miri pagi tadi.

Pada Julai lepas, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak tidak akan membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki negeri itu bagi memastikan elemen-elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian agama dan sosial di negeri Bumi Kenyalang itu.