awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja

Bernama
Bernama
04/02/2024
14:59 MYT
Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Razarudin berkata kes itu masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia memanggil aktivis sosial Tony Pua ke Bukit Aman pada 1 tengah hari esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kenyataan Pua yang didakwa menghina Sultan Pahang berkaitan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kenyataan terbabit bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasa baginda di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Tony Pua
#PDRM
#spekulasi
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan