Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 25 kawasan kekal tidak sihat, Batu Muda catat IPU tertinggi setakat jam 4 petang

Di Lembah Klang, Shah Alam kekal pada bacaan 170, manakala Petaling Jaya turun satu mata kepada 169 untuk menyamai bacaan di Cheras. Putrajaya dan Klang masing-masing merekodkan bacaan 164, sementara Banting mencatatkan 162. -Gambar hiasan/Bernama
Di Lembah Klang, Shah Alam kekal pada bacaan 170, manakala Petaling Jaya turun satu mata kepada 169 untuk menyamai bacaan di Cheras. Putrajaya dan Klang masing-masing merekodkan bacaan 164, sementara Banting mencatatkan 162. -Gambar hiasan/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara dilapor stabil tanpa perubahan ketara dengan 25 kawasan kekal mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen Batu Muda di Kuala Lumpur terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 173, turun satu mata berbanding sejam sebelumnya. Johan Setia di Selangor pula meningkat satu mata kepada 171 untuk kekal antara kawasan paling terjejas.

Di Lembah Klang, Shah Alam kekal pada bacaan 170, manakala Petaling Jaya turun satu mata kepada 169 untuk menyamai bacaan di Cheras. Putrajaya dan Klang masing-masing merekodkan bacaan 164, sementara Banting mencatatkan 162.

Di Negeri Sembilan, Nilai kekal pada bacaan 165, Seremban turun satu mata kepada 161 dan Port Dickson mencatatkan 154.

Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan 166, manakala Alor Gajah dan Bandaraya Melaka masing-masing kekal pada paras 156.

Di Johor, Larkin mencatatkan bacaan 159, diikuti Kluang dan Pasir Gudang masing-masing pada 156. Pengerang dan Kota Tinggi pula merekodkan bacaan 155, manakala Batu Pahat serta Tangkak masing-masing mencatatkan 153.

Di Perak, Tasek Ipoh merekodkan bacaan 154 dan Pegoh Ipoh 151, sementara Tanjung Malim kekal dalam kategori tidak sihat dengan bacaan 114.

Di Terengganu, Paka kekal sebagai satu-satunya kawasan tidak sihat dengan bacaan 155, manakala Kemaman berada dalam kategori sederhana pada paras 97.

Semua stesen pemantauan di Pahang kekal dalam kategori sederhana dengan Rompin mencatatkan bacaan tertinggi di negeri itu iaitu 98. Temerloh, Jerantut dan Kemaman masing-masing merekodkan bacaan 97.

Di Sabah dan Sarawak, semua stesen pemantauan terus berada dalam kategori sederhana atau baik. Antara bacaan sederhana tertinggi direkodkan di Samarahan (83), Sri Aman (76), IPD Serian (76) dan Kuching (74).

Sementara itu, lapan kawasan berada dalam kategori baik (IPU 0 hingga 50). Kimanis di Sabah merekodkan bacaan terbaik pada paras 29, diikuti Langkawi (34), ILP Miri (37), Kota Kinabalu (40), Limbang (41), Miri (42), Politeknik Kota Kinabalu (43) dan Balik Pulau (49).

Must Watch Video

Advertisement