awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Pua: Elak kematian tahanan, tubuh segera IPCMC

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/07/2013
05:27 MYT
Tony Pua: Elak kematian tahanan, tubuh segera IPCMC
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) selepas berlakunya satu lagi kematian yang didakwa berlaku ketika berada di bawah jagaan polis.
Katanya, jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di parlimen pada 10 Julai lalu bahawa IPCMC tidak dibentuk kerana ia kontradik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa peruntukan undang-undang.
"Zahid menjelaskan Suruhanjaya Penguatkuasaan Agensi Kerajaan (EAIC) mencukupi untuk meningkatkan tahap profesionalisme polis.
"Jika EAIC yang telah ditubuhkan sejak 2011 memang berkesan dalam meningkatkan profesionalisme polis, maka sesungguhnya kita tidak akan menyaksikan bilangan kematian luar biasa di bawah jagaan polis hari ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau membuat kenyataan itu selepas ahli parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang mendakwa berlaku satu lagi kes kematian dibawah jagaan polis pada 16 Julai lalu.
Chew Siang Giap, 26, ditahan selama 60 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar sebelum dihantar ke pusat pemulihan Batu Gajah pada 12 Julai.
Tony berkata kematian terbaru itu menimbulkan persoalan adakah kerajaan akan mengambil tindakan segera dan drastik untuk membetulkan keadaan.
"Tidak ada tindakan segera dan drastik perlu diambil untuk membetulkan keadaan," katanya yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Katanya, adalah penting bagi kerajaan menunjukkan bahawa ia benar-benar serius melakukan transfornasi selepas berlakunya kematian ke-11 di bawah jagaan polis.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#IPCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan