awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Top Glove perjelas tiada isu baharu berkaitan buruh paksa ditemukan

Bernama
Bernama
01/04/2021
15:51 MYT
Top Glove perjelas tiada isu baharu berkaitan buruh paksa ditemukan
Menurut Top Glove, pihaknya akan terus memberi kerjasama secara aktif kepada CBP AS untuk menangani dan memperbetul sepenuhnya isu yang dikenal pasti itu dengan serta-merta atau segera. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjelaskan bahawa tiada isu tambahan baharu berkaitan buruh paksa ditemukan atau ditambah walaupun beberapa ratifikasi dan pengesahan diperlukan dalam dapatan sebelum ini berhubung penemuan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS baru-baru ini.
Menurut pembuat sarung tangan itu, pihaknya akan terus memberi kerjasama secara aktif kepada CBP AS untuk menangani dan memperbetul sepenuhnya isu yang dikenal pasti itu dengan serta-merta atau segera.
"Kami mengulangi komitmen kukuh terhadap kebajikan, kesihatan dan keselamatan para pekerja kami. Kami menyasarkan untuk menjadi syarikat bertanggungjawan terkemuka di Malaysia dan dunia," menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.
Isnin lepas, CBP AS mengarahkan para pegawainya di semua pelabuhan masuk negara itu menahan produk sarung tangan pakai buang yang dihasilkan Top Glove.
Ia berikutan jabatan itu mendakwa pembuat sarung tangan terbesar dunia tersebut telah menggunakan buruh paksa dalam pengeluaran sarung tangan pakai buang.
Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia pada Khamis, saham Top Glove meningkat 12 sen kepada RM4.64 dengan 26.25 juta unit bertukar tangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Top Glove
#buruh paksa
#Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan
#CBP AS
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan