awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan

Bernama
Bernama
05/01/2021
20:05 MYT
Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan
Tourism Malaysia mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tourism Malaysia hari ini mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi bagi mencapai sasaran strategiknya pada tahun ini serta merancakkan kembali sektor pelancongan negara.
Tourism Malaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Datuk Zainuddin Abdul Wahab yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik, telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pengurusan dan menanggung kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) berkuat kuasa Isnin lepas (4 Jan).
"Sementara Iskandar Mirza Mohd Yusof mengambil alih tugas sebagai sebagai Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik manakala Datin Rafidah Idris dilantik sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat yang baharu," menurut kenyataan itu.
Mohamed Amin Yahya dan Ahmad Johanif Mohd Ali yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan, masing-masing akan menanggung tugas sebagai pengarah di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Pakej, berkuat kuasa tarikh sama.
Dalam kenyataan sama, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Zulkifly Md Said berkata, pihaknya akan terus meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik menerusi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi 2021.
"Biarpun pelancongan domestik tidak dapat mengambil alih ketibaan pelancong antarabangsa buat masa ini, namun pelancongan domestik tetap memainkan peranan sebagai penyumbang utama kepada kelangsungan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Malaysia
#pertukaran pegawai
#kumpulan pengurusan
#struktur organisasi
#sasaran strategik
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan