KUALA LUMPUR: Agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor, Tourism Selangor telah menyertai World Travel Market di London sebagai usaha menjadikan negeri itu hab pelancongan pilihan dan kompetitif di pasaran Eropah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Shah Mohamad berkata program bermula 5 hingga 11 November itu merupakan platform terbaik untuk mempromosi dan menarik minat pelancong antarabangsa ke negeri tersebut selain turut bagi mengekalkan hubungan dua hala.
Jelasnya, antara projek utama yang difokuskan Tourism Selangor adalah pelancaran Projek Geopark Gombak Hulu Langat (GHL) yang terdiri daripada 13 geotapak di daerah Gombak dan tujuh Geotapak di Daerah Hulu Langat, seluas 112,955 hektar.
“Usaha membangunkan projek tersebut adalah bagi memelihara sumber asli negeri untuk generasi akan datang.
“Projek GHL itu merangkumi termasuk Taman Eko Rimba Kancing, Batu Caves, Taman Eko Sungai Tekala, Kolam Air Panas Selayang dan Permatang Kuarza Klang Gates,” katanya pada Rabu.
Selain itu, Tourism Selangor turut telah bekerjasama dengan British Geology Survey dan National Geographic Traveler UK bagi mempromosikan projek tersebut untuk permintaan dan pasaran Eropah.
Pada masa sama, misi itu turut mempamerkan pelbagai segmen pasaran di negeri Selangor termasuk kempen ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere’.
Sehingga tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 13 peratus pelancong dari negeri Eropah yang melawat Selangor berbanding tahun lalu semasa sekatan perjalanan antarabangsa.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Thu Nov 10 2022
Dari kiri (lima), Azrul ketika di World Travel Market, London untuk mempromosikan negeri Selangor sebagai hab pelancongan di pasaran Eropah.
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tourism Selangor giat promosi produk ekopelancongan untuk pasaran Eropah di World Trade Market 2022
Tourism Selangor telah menyertai World Travel Market di London sebagai usaha menjadikan negeri itu hab pelancongan pilihan dan kompetitif di pasaran Eropah.
5 lokasi air terjun terbaik di Selangor
Negeri Selangor merupakan lubuk kepada seleksi lokasi air terjun yang bukan sahaja menakjubkan, malah mencabar.
'Selangor Royal Trail' inisiatif Tourism Selangor promosi pelancongan sejarah
Selangor Royal Heritage Trail memfokuskan kepada kekayaan sejarah dan warisan diraja negeri Selangor.