Skip to main content

Malaysia

TPM Ahmad Zahid ajak orang ramai meriahkan Hari TVET Negara 2026 bermula Jumaat ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menggalakkan orang ramai membawa keluarga dan rakan untuk menerokai dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sepanjang program itu.

“Tinggal empat hari lagi. Dataran Putrajaya bakal dimeriahkan dengan Sambutan Hari TVET Negara 2026. Jumpa anda di sana!,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. 

Sambutan Hari TVET Negara 2026 berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari penganjurannya.

Menerusi hantaran sama, beliau memuat naik video berdurasi 59 saat yang memaparkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program itu termasuk pameran teknologi, pendedahan mengenai TVET sebagai pilihan utama kerjaya, pameran industri serta sesi bersama-sama usahawan TVET.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement