SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.
Selain menyaksikan perlumbaan itu, Ahmad Zahid menyertai mesyuarat yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Timbalannya Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif.
Beliau yang hadir bersama ahli keluarganya turut mengambil peluang melawat hentian pit pasukan RNF MotoGP Team dan diberikan sedikit penerangan oleh prinsipalnya Datuk Razlan Razali.
RNF MotoGP Team yang menyertai saingan kelas perdana MotoGP diwakili dua pelumba iaitu Raul Fernandez dan Miguel Oliveira.
Ahmad Zahid kemudian dibawa untuk melihat pelepasan pelumba bagi saingan Moto2.
Beliau juga dijadual menyampaikan hadiah kepada pemenang podium MotoGP bagi edisi 2023 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Ahmad Zahid (dua, kanan) melihat jentera milik pasukan CryptoDATA RNF MotoGP ketika hadir ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang bagi menyaksikan perlumbaan sempena Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 hari ini. - Foto Bernama
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.