awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Ahmad Zahid ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023

Bernama
Bernama
07/01/2024
13:59 MYT
TPM Ahmad Zahid ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan sama kepada 7,985 calon SPM di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan 25,741 pelajar yang telah menerima manfaat daripada Yayasan Pelajaran Mara.
"Saya doakan semua kekal sihat, dapatkan restu daripada ibu bapa dan para guru. Berdoalah kepada Allah SWT, insya-Allah anda akan peroleh kejayaan yang diimpikan. Selamat menempuh peperiksaan SPM 2023," katanya.
Secara keseluruhan, seramai 395,870 orang calon sudah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara yang berlangsung esok hingga 7 Mac depan.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula 8 hingga 11 Jan ini, manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Jan), Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Jan) dan peperiksaan bertulis (30 Jan hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Ahmad Zahid Hamidi
#calon SPM 2023
#selamat maju jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan