awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi

Bernama
Bernama
21/06/2025
01:50 MYT
TPM Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi
Fadillah (tengah) tiba di Tashkent, Uzbekistan awal pagi Sabtu bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di republik ini. Beliau disambut oleh Azizkhoja Qobilov (kiri). Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin (kanan) - Gambar Bernama
TASHKENT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di sini, awal pagi Sabtu bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di Uzbekistan.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, disambut oleh Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, Azizkhoja Qobilov.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Malaysia di Uzbekistan, Ilham Tuah Ilias.
Fadillah dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, serta mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan, Jurabek Mirzamakhmudov.
Beliau turut dijadualkan menyampaikan ucaptama, yang antaranya menyentuh amalan terbaik serta inovasi Malaysia dalam perkhidmatan awam, pada Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 di Samarkand.
Timbalan Perdana Menteri berada di Uzbekistan sehingga 24 Jun sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rusia sehingga 28 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
#Lawatan kerja rasmi
#Uzbekistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan