KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.
Menurut Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA, Datuk Misiah Taib, keadaan kesihatan Fadillah dilaporkan stabil, namun, beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya bagi memastikan proses rawatan dan pemulihan berjalan lancar.
"Beliau juga tidak digalakkan menerima pelawat sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.
"Sehubungan itu, keluarga Fadillah memohon orang ramai mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan supaya dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.
"Keluarga beliau turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan dan keprihatinan yang diberikan," kata Misiah dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Isnin.