awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Zahid nafi Malaysia hentikan permit untuk rakyat Korea Utara

Bernama
Bernama
01/07/2017
05:58 MYT
TPM Zahid nafi Malaysia hentikan permit untuk rakyat Korea Utara
TPM AHMAD ZAHID: Tiada sebarang arahan dikeluarkan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan agensi berita Jepun bahawa Malaysia telah menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara itu.
"Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, di sini hari ini.
Pada Khamis lepas, sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warganegara Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un.
Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#permit
#permit kerja
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan