awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/10/2024
05:34 MYT
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Ahmad Zahid bertemu pihak pengurusan Technical Education and Skills Development Authority (TESDA) di Manila pada Selasa. - Pejabat TPM
MANILA: Malaysia dan Filipina mempunyai ruang untuk berkongsi amalan terbaik, memperkukuh piawaian kurikulum dan saling mengiktiraf kelayakan akademik, terutamanya dalam industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Halal.

Ringkasan AI
  • Kerjasama TVET dan Halal: Malaysia dan Filipina akan berkongsi amalan terbaik dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta industri Halal untuk meningkatkan kemahiran rakyat dan merebut peluang global.
  • Pertukaran kepakaran: Melalui pertukaran kepakaran dan program latihan bersama, kedua-dua negara akan memperkukuh piawaian kurikulum dan saling mengiktiraf kelayakan akademik.
  • Eksport halal meningkat: Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat sebanyak 7.4 peratus pada 2023, menjadikan Filipina destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia dan ke-4 terbesar di ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin melalui pertukaran kepakaran dan program latihan bersama, Malaysia dapat meningkatkan kemahiran rakyat dan merebut peluang baharu di pasaran global.
Susulan pertemuan beliau dengan beberapa pemain industri TVET di Filipina, Ahmad Zahid berkata, mereka sependapat bahawa pendidikan TVET sangat penting untuk memastikan generasi muda serta tenaga kerja sedia ada dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja.
“Dalam perbincangan ini, kami sependapat bahawa pendidikan TVET sangat penting untuk memastikan generasi muda serta tenaga kerja sedia ada dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja,” katanya lagi.
Perjalanan rasmi saya di Filipina diteruskan dengan menghadiri perbincangan bersama Ketua Pengarah dan pasukan dari Technical Education and Skills Development Authority (TESDA), di pic.twitter.com/Ee21LLlcaE
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) October 16, 2024
Ahmad Zahid berkata demikian melalui perkongsian di laman media sosialnya susulan pertemuan beliau dengan bersama pihak pengurusan Technical Education and Skills Development Authority (TESDA) di Manila pada Selasa, di mana mereka membicarakan mengenai perkembangan TVET serta potensi industri halal di Filipina.
Dalam pada itu beliau berkata, mereka turut membincangkan tentang industri halal dan dengan kekuatan Malaysia dalam pensijilan halal di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
Melalui kerjasama dengan TESDA, Ahmad Zahid berkata, Malaysia dapat membangunkan ekosistem halal global yang lebih kukuh di Filipina.
Dalam pada itu beliau berkata, eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat sebanyak 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia dan ke-4 terbesar di ASEAN.
“Ini membuktikan hubungan perdagangan yang kukuh dan permintaan yang tinggi terhadap produk halal di rantau ini.
“Saya optimis bahawa kerjasama dalam sektor TVET dan industri halal ini akan memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Filipina dan membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Halal
#Filipina
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan