Malaysia membuat rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) atas kehendaknya sendiri dan tidak dibuli untuk membuatnya.

Inilah kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini semasa sidang media bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Putrajaya.

"Malaysia percaya kepada perdagangan bebas tetapi kita juga memahami faedahnya seperti meningkatkan perdagangan dan mewujudkan peluang pekerjaan, jadi ada yang akan menang, ada yang akan kalah, secara keseluruhan adalah penting bagi kita untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa faedahnya jauh melebihi keburukkannya," kata Najib.

Lihat foto-foto bantahan TPPA di Kuala Lumpur. Klik di sini.

Beliau berkata apa yang penting untuk perjanjian itu adalah penerimaan rakyat dan kerajaan komited ke arah proses untuk penglibatan rakyat dan membentangkan hasilnya ke Parlimen.

Obama pula, semasa mengemukakan komen tentang bantahan yang diadakan di Malaysia terhadap TPPA, berkata bahawa ia adalah penting untuk tunggu dan lihat apa yang dijanjikan di dalam perjanjian itu.

"Tidak pernah ada perjanjian perdagangan yang dibantah oleh seseorang kerana mereka takut tentang masa depan atau melabur dalam status quo," katanya sambil menambah ia adalah penting untuk orang ramai tunggu dan lihat apa kandungan perjanjian itu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

"Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, mewujudkan peluang pekerjaan, mengembangkan perniagaan untuk Amerika Syarikat dan ia adalah peluang yang bagus untuk negara seperti Malaysia yang sedang berkembang dengan pesat dan untuk membuat lonjakan seterusnya kepada aspek-aspek dengan nilai yang lebih tinggi dalam rantaian bekalan yang boleh meningkatkan pendapatan dan pembangunan," katanya.

Sementara itu, Obama berkata usaha pencarian pesawat MH370 adalah usaha sama dan perlu ada ketelusan penuh dalam penyebaran maklumat.

Lawatan Obama ke Asia yang bermula di Jepun, akan disambung ke Filipina.