MALAYSIA
TPPA: Siapa untung, siapa rugi?

Bagi Malaysia, pengeksportan minyak sawit serta getah bakal mendapat keuntungan daripada TPPA.
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) merupakan perjanjian perdagangan terbesar dalam sejarah.
Isnin lepas, proses rundingan yang bermula 5 tahun lepas bagi 12 negara yang terlibat sudah berakhir selepas mereka mencapai kata sepakat dalam perjanjian tersebut.
Tumpuan kini beralih kepada sejauh mana perjanjian ini membawa keuntungan atau kerugian kepada negara yang terlibat.
Bagi Malaysia, pengeksportan minyak sawit serta getah bakal mendapat keuntungan daripada TPPA.
Ia berikutan kedudukan negara sebagai pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia dan juga merupakan antara pengeluar terbesar getah.
Selain itu, mereka yang mengeksport barangan elektronik serta produk kimia turut menerima manfaat dari perjanjian ini.
Bagaimanapun, bagi syarikat milik kerjaan sama ada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan, mereka berhadapan kesukaran berikutan perjanjian ini memberi akses sama rata bagi semua perolehan kerajaan.
Bagi negara-negara lain yang terlibat, secara umumnya akan mendapat manfaat dari pengurangan tarif serta pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Malaysia berada di tangga ke-35 dalam pasaran perdagangan global.
Sementara itu, teks penuh intipati TPPA akan didedahkan dalam tempoh 30 hari sebelum dibahaskan di Parlimen untuk diluluskan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami