awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis

Bernama
Bernama
17/05/2022
12:09 MYT
TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis
Doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari apartmen yang disewanya di Jalan Datuk Keramat di sini, 17 April lepas. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan setakat ini pihaknya mendapati tiada unsur jenayah.
"Kertas siasatan itu hampir siap dan kami perlukan dua atau tiga perkara lagi untuk melengkapkannya (kertas siasatan) dan setakat ini siasatan kes tersebut mendapati tiada unsur jenayah, kami masih siasat sebagai mati mengejut.
"Kami akan hantar kertas siasatan itu kepada pejabat TPR dalam masa terdekat, sama ada perlu inkues atau sebaliknya bagi kes tersebut, ia bergantung kepada arahan selanjutnya daripada pejabat TPR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
BACA: Kematian doktor pelatih HPP: MMA sokong wujudkan pasukan khas dengan beberapa kriteria
BACA: Doktor pelatih maut: Polis rekod keterangan ahli keluarga dan teman wanita hari ini
Katanya sehingga kini seramai 21 orang termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan doktor tempat mangsa bertugas telah direkodkan keterangan berhubung insiden itu.
Doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari apartmen yang disewanya di Jalan Datuk Keramat di sini, 17 April lepas.
Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat kematian mangsa dan dakwaan buli di hospital itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doktor pelatih
#Hospital Pulau Pinang
#kematian doktor
#inkues
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan