KUALA LUMPUR: Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat sebanyak 53 peratus susulan pembukaan semula sempadan pada 1 April, 2022.
MAHB yang menguruskan dan mengendalikan 39 lapangan terbang di negara ini menjelaskan, ia telah merekodkan purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri yang panjang baru-baru ini.
"Secara keseluruhannya, lapangan-lapangan terbang merekodkan 642,128 pergerakan penumpang antarabangsa, di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menunjukkan peningkatan paling ketara -- masing-masing lebih 200 peratus berbanding bulan sebelum ini," menurut MAHB dalam kenyataan pada Isnin.
Ia menambah, sejumlah 2.78 juta penumpang direkodkan bagi Malaysia pada April, dengan pergerakan penumpang domestik sebanyak 2.13 juta atau 77 peratus.
Sementara itu, bagi operasi Malaysia dan Turki (Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul), MAHB merekodkan 4.90 juta pergerakan penumpang, penurunan sebanyak 7.9 peratus daripada angka pada Mac.
"Penurunan pergerakan penumpang ini kerana April merupakan bulan suci Ramadan yang menyaksikan permintaan untuk perjalanan di dalam dan di seluruh dunia berkurangan.
"Daripada jumlah pergerakan trafik penumpang sebanyak 4.89 juta, lapangan terbang tempatan di Malaysia menyumbang 57 peratus, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul di Turki mencatatkan 2.13 juta penumpang, terdiri daripada 1.05 juta penumpang antarabangsa dan 1.08 juta penumpang domestik," jelasnya.
Menurut MAHB, lima syarikat penerbangan menyambung semula 17 laluan antarabangsa bulan lepas iaitu Vietjet Air, Scoot, AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia X.
Pengarah Urusan, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pihaknya juga gembira kerana lapangan terbang landasan pendek Tioman (TOD) telah beroperasi semula pada bulan ini untuk menyediakan laluan Lapangan Terbang Subang-TOD bagi SKS Airways.
Beliau berkata pada masa ini SKS Airways merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dengan perkhidmatan berjadual yang terbang di laluan ini empat kali seminggu.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan rakan kongsi untuk mempercepat kadar pemulihan sektor domestik dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan yang sama.
Vietjet menawarkan penerbangan bagi laluan Ho Chi Minh City-Kuala Lumpur (KUL) dengan perkhidmatan empat kali seminggu dan merupakan syarikat penerbangan keempat yang terbang di laluan ini manakala Scoot menyambung semula perkhidmatan penerbangan hariannya untuk laluan Kota Kinabalu-Singapura.
Sementara itu, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, termasuk AirAsia Bhd, Thai AirAsia dan AirAsia X, menyambung semula laluan Kota Kinabalu-Singapura; KUL-Hanoi; Langkawi-Singapura; Ipoh-Singapura; Hatyai-KUL; Don Mueng-Pulau Pinang; KUL-Incheon; KUL-New Delhi; KUL-Ho Chi Minh City; KUL-Bengaluru; KUL-Kolkata; KUL-Kochi; KUL-Chennai; KUL-Tiruchirappall dan KUL-Siem Reap. - BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat sebanyak 53 peratus susulan pembukaan semula sempadan pada 1 April, 2022. - Gambar fail BERNAMA

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Teknologi | Trak berkuasa hidrogen, elektrik inovasi terbaharu UK
Bermula tahun 2030, semua jenis kenderaan di United Kingdom perlu menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi bahan api. Ini termasuk trak pelbagai muatan, namun pembawaan tenaga bateri menjadi satu cabaran kerana masalah berat yang juga disifatkan tidak mesra pengguna.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Trafik antarabangsa MAHB meningkat 52 peratus, dipacu pembukaan semula sempadan
Peningkatan 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa direkodkan susulan pelaksanaan pelbagai program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin.