Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura untuk memastikan tiada penunggang motosikal yang tidak berlesen dari negara itu masuk ke Malaysia.
Menurut Pengarahnya Datuk Azisman Alias, ia susulan seorang daripada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari negara itu yang menutup nombor plat ketika melalui lebuh raya di selatan tanah air awal Januari lalu didapati tidak memiliki lesen yang sah.
"Mereka dikesan kesalahan tidak pamer nombor kenderaan, manakala yang tidak ada lesen nanti saya akan melihat sama ada ramai atau tidak warganegara Singapura yang tidak ada lesen ini.
"Jika ada senarai itu saya akan maklumkan pihak trafik Singapura untuk diambil tindakan di sebelah sana melalui ibu pejabat saya," ujarnya.
BACA: PDRM ambil tindakan terhadap 'bikers' Singapura tutup nombor plat
Diminta mengulas mengenai tindakan lapan penunggang motosikal itu, beliau percaya ia trend terbaharu bagi mengelak daripada dikesan Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) dibawah selian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Siasatan mendapati, kesemua mereka hanya menampal pita pelekat pada nombor pendaftaran motosikal ketika memasuki lebuh raya di negara ini.
Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, arahan telah dikeluarkan ke seluruh pengurusan trafik negeri untuk memantau lebih kerap di beberapa kawasan yang dikenal pasti.
"Kita sentiasa ada dan saya beri arahan semua elemen trafik di negeri beri tumpuan kepada kenderaaan kenderaan bila mereka datang dari Singapura mereka mematuhi untuk melepaskan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor dan Singapura.
"Mereka buat taktik baharu begitu apabila memasuki lebuh raya mungkin mereka boleh seronok memecut laju tapi mengancam pengguna lebuh raya," jelasnya.
Video lapan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu tular di laman sosial sejak minggu lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ia dipercayai berlaku 13 Januari lalu ketika kesemua penunggang motorsikal itu dalam perjalanan dari Singapura ke utara tanah air.
Bagaimanapun tindakan pantas polis berdasarkan maklumat orang awam, kesemua mereka berjaya ditahan di kawasan rehat dan rawat Pagoh Johor sebelum lima daripada mereka disaman serta-merta.
Salah seorang didapati tidak mempunyai lesen menunggang yang sah.
Fareez Azman
Wed Feb 06 2019
Datuk Azisman Alias berkata, tindakan penunggang motosikal itu menjadi trend terbaharu bagi mengelak daripada dikesan kamera AES. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Usah galak pemilikan motosikal berkuasa tinggi, bebankan pengguna - Pakar
Cadangan program peralihan khas bagi pemegang lesen B1, B2 mendapatkan lesen B penuh, mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kelebihan.
Ada 'ride' ke bro?
Senang saja nak mengetahui sama ada lokasi itu jadi tumpuan 'rider' atau tidak.