Skip to main content

Malaysia

Trafik lancar, terkawal di semua lebuhraya utama pagi ini

41664897083_lebuhraya.jpg
Aliran trafik bergerak lancar dan terkawal di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang serta di lebuh raya utama menghala ke utara, selatan dan timur Semenanjung. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak lancar dan terkawal di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang serta di lebuh raya utama menghala ke utara, selatan dan timur Semenanjung.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa trafik juga lancar di sempadan negara di Tambak Johor dan di Lebuhraya Linkedua.

Advertisement

Setakat jam 6 pagi, kemalangan berlaku di Kilometer 167.7 arah selatan dari Jawi ke Bandar Baharu dan pengguna jalan raya diminta berwaspada terhadap sebarang halangan di hadapan.

"Lorong kecemasan masih terhalang namun aliran trafik kekal lancar," kata kenyataan.

Dalam masa sama, aliran trafik dilaporkan perlahan susulan kemalangan di Kilometer 46.7 arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang sekali gus menyebabkan lorong kanan terhalang.

LLM turut mengeluarkan kemas kini mengenai insiden kebakaran kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) pada jam 6.26 pagi yang mana sebuah kereta dilaporkan terbakar di kilometer 1.2 arah barat dari Balakong ke Mines.

"Insiden tersebut telah selesai sepenuhnya dan aliran trafik kembali lancar, manakala pengguna dinasihatkan supaya memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan," kata kenyataan.

Sementara itu, LLM menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati dan mengekalkan jarak selamat antara kenderaan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, bermula pada 12.01 tengah malam pada 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam pada 15 Februari.

Must Watch Video