KUALA LUMPUR: Trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) menuju pulang ke dijangka mula meningkat hari ini.
Sehubungan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menasihati orang ramai supaya mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengelakkan kesesakan.
Bagi pengguna dari utara, LLM berkata, mereka boleh menggunakan jalan alternatif seperti Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebagai salah satu penyelesaian kepada kesesakan.
"Secara umumnya, aliran trafik adalah lancar pada sebelah pagi di kebanyakan lebuh raya.
Namun demikian, aliran trafik meningkat pada sebelah petang sehingga lewat malam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Menurut LLM lagi, pergerakan trafik yang tertumpu pada sebelah petang menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan berikutan kepadatan trafik yang tinggi.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma kepada pengguna PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.
Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 hingga 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan kerajaan itu adalah selepas mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Umavathi Ramayah
Fri May 06 2022
LLM menasihati orang ramai supaya mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan bagi mengelakan kesesakan. - Gambar fail/BERNAMA
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
Setakat 3.30 petang ini, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
KKR, LLM laksana persediaan tangani kesesakan trafik di lebuh raya menjelang Aidilfitri
Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Suami maut digilis, isteri dan anak parah
Mangsa dipercayai membonceng skuter yang ditunggang isterinya bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
Dua lelaki cedera tersepit, lori ais kiub terbabas di lebuh raya
Lori muatan ais kiub yang dinaiki mangsa terbabas di KM 251.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.
Pemandu, kelindan maut nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Pemandu yang dikenali sebagai Yew Khiang Khoon dan kelindan Abdul Rahman Mat Desa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak paramedik.
Lori tangki bawa metanol bocor di lebuh raya
Sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di susur keluar ke Tapah dekat PLUS arah utara pada Rabu.
Treler tepung terbalik, lebuh raya PLUS arah selatan sesak lebih 20km
Sebuah treler terbalik mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Simpang Pulai ke Gopeng.