awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari

Amirul Aiman
Amirul Aiman
22/01/2025
03:50 MYT
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Bagi mengurangkan kesesakan, LLM telah melarang penutupan lorong kecuali untuk kecemasan dari 23 Januari hingga 3 Februari. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
LLM dalam suatu kenyataan pada Rabu berkata, aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
“LLM menjangkakan trafik tertinggi sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, 198 ribu di Lebuhraya KL-Karak, 82 ribu di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, 48 ribu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan 120 ribu di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).”
Bagi mengurangkan kesesakan, LLM telah melarang penutupan lorong kecuali untuk kecemasan dari 23 Januari hingga 3 Februari.
Penggunaan laluan pintar di 25 lokasi sesak dan pengurusan trafik di plaza tol turut diperkenalkan.
Larangan pergerakan kenderaan barangan pada 27-28 Januari dan 1-2 Februari dijangka membantu melancarkan perjalanan.
Fasiliti lebuh raya juga dipertingkatkan, termasuk pembinaan tandas sementara lebih selesa di Lebuhraya Utara Selatan dan kerja naik taraf di kawasan rehat serta hentian sebelah.
LLM mengingatkan pengguna supaya mematuhi arahan dan sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di lebuh raya.
Maklumat trafik boleh diakses melalui laman sesawang rasmi LLM, dan aplikasi media sosial mereka.
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Tahun Baharu Cina
#LLM
#waktu puncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan