awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2023
03:02 MYT
Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki
Seorang imam dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika berjalan kaki di jalan Kampung Parit Haji Yusof, Benut, Pontian pada Sabtu.
PONTIAN: Seorang imam di surau Kampung Parit Haji Yusof, Benut di sini cedera dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa, Zulkifli A Ajis, 39, berjalan kaki di tepi jalan tersebut.
Beliau berkata, anggota Balai Polis Benut menerima laporan kejadian pada jam 2.17 petang.
"Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Merlong sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat."
Menurutnya, pemandu kenderaan yang merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun mendakwa tidak perasan mangsa berjalan kaki di tepi kanan jalan tersebut.
"Suspek sudah ditahan dan ujian saringan mendapati dia negatif daripada pengaruh alkohol atau dadah," katanya.
Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, insiden tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya beliau berkata, sudah bercakap dengan isteri mangsa.
"Saya telah bercakap dengan isteri imam Zul. Imam masih tidak ingat apa yang berlaku. Masih di hospital. Keputusan 'scan' kepala belum diperolehi. Saya juga bercakap dengan anggota Balai Polis Benut.
"(Suspek) yang melanggar telah ditahan dan disiasat oleh Polis Trafik Pontian," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#imam
#Kampung Parit Haji Yusof
#kenderaan pacuan empat roda
#Polis Trafik Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan