MUAR: Polis akan menyiasat dari semua aspek termasuk sekiranya terdapat elemen kecuaian dalam kebakaran yang meragut nyawa empat beradik di Kampung Sabak Awor di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya masih menunggu hasil proses bedah siasat yang dijangka bermula pada 2.30 petang ini, selain laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkaitan punca kebakaran.
Beliau berkata sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah mahupun tidak disengajakan.
"Sekiranya hasil dapatan daripada JBPM ada unsur kecuaian, fokus kita akan ke arah bawa kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk mengkaji kes sama ada ia satu kecuaian, satu tinggalan jenayah atau tidak disengajakan.
"Siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas di bahagian dapur, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini hari ini.
Raiz Mukhliz berkata pihaknya bersama JBPM akan meneruskan program advokasi berkaitan keselamatan kanak-kanak ketika berada di rumah termasuk dalam berhadapan situasi kecemasan.
Semalam, empat beradik dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, dilaporkan maut dalam kebakaran di rumah sewa mereka di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira 7.49 malam.
Menurut polis, ketika kejadian ibu mereka yang berketurunan Orang Asli, keluar membeli kelengkapan rumah, manakala ayah mereka warga Myanmar, sedang bekerja di sebuah restoran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Nabila Sedu (duduk tengah, baju lengan pendek) dan Thein Ko Htut (berdiri baju biru), ibu bapa empat kanak-kanak maut di Kampung Sabak Awor, sedang menunggu proses bedah siasat di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah. -Bernama
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Empat beradik maut kebakaran selamat dikebumikan di Muar
Jenazah Puteri Aisyah Tenko To, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah Aisyah dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam tadi.
Tragedi 4 beradik maut kebakaran: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian
Kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah mahupun tidak disengajakan.
Maut kebakaran: 'Anak-anak minta baju raya warna hitam' - Ibu
Ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor terkilan tidak dapat memenuhi hasrat anaknya yang mahu baju raya berwarna hitam.
Penduduk tak sangka empat beradik dalam rumah
Ketiadaan kereta Perodua Kancil milik keluarga itu membuatkan penduduk merasakan kebakaran tidak melibatkan mangsa.
Empat beradik maut kebakaran sembunyi dalam tandas cuba selamatkan diri
Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka.