BENTONG: Rata-rata pemilik inap desa dan tapak perkhemahan di Janda Baik mengalami kerugian sehingga 50 peratus susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Jumaat.
Pemilik Dinda Chalet dan Glamping, Hasnah Abdullah, 36, berkata, jumlah kerugian adalah mencecah sehingga RM3,000 sehari.
“Disebabkan kejadian tanah runtuh yang mengejutkan semalam (Jumaat), 50 peratus pelanggan kami telah membatalkan tempahan.
“Ada antara mereka yang meminta untuk tunda percutian dan ada juga mahu kami beri bukti bahawa tempat ini selamat.
“Jadi, kami terpaksa memulangkan semula bayaran yang telah dilakukan oleh mereka. Agak sedih juga sebenarnya.
“Saya faham mengapa mereka lakukan perkara ini. Tetapi alhamdulillah setakat ini, tempat kami masih lagi dalam keadaan baik iaitu tidak pernah berlaku banjir atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerugian tersebut tidak dapat ditampung kembali memandangkan keuntungan hanya boleh dikaut semasa cuti sekolah dan hujung minggu.
“Selalunya tempat kami ini akan penuh pada hujung minggu dan cuti sekolah untuk tampung semula kerugian bulan sebelumnya.
“Jadi apabila perkara ini berlaku, rugi agak besar kerana selalunya cuti hujung tahun kami tambah pekerja untuk berikan perkhidmatan terbaik,” ujarnya.
Dalam masa sama, pemilik Afsana Villa, Ahmad Kamal Mohamad berkata, jika bulan sebelumnya menerima tempahan sebanyak 60 peratus, namun pada bulan ini hanya sekitar 30 peratus sahaja. Selalunya cuti sekolah akan menjadi 100 peratus.
Jelas beliau, di kawasannya juga turut menerima tempias kejadian tanah runtuh yang berlaku dan juga laporan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
“Sebenarnya di kawasan ini baik sahaja. Sudah tiga hari tidak hujan dan tidak pernah berlaku banjir,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai persediaan bencana, beliau berkata, perkara itu berkemungkinan besar tidak berlaku memandangkan kerajaan negeri telah mendalamkan sungai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 18 2022
Pemilik inap desa, perkhemahan rugi 50 peratus, pengunjung batal saat akhir susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Gambar kecil dari kiri: Hasnah dan Ahmad Kamal. - Foto Sinar Harian.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Tragedi Batang Kali: Pemilik inap desa rugi 50 peratus
Pemilik Dinda Chalet dan Glamping, Hasnah Abdullah berkata, jumlah kerugian mencecah sehingga RM3,000 sehari.