Pemergian mengejut tokoh politik dan peguam terhormat, Karpal Singh yang terbunuh dalam satu nahas jalan raya dekat Gua Tempurung, Gopeng, Perak awal hari ini menjadi satu lagi tragedi bagi keluarga mendiang.
Bapa mendiang, Ram Singh Deo juga menemui ajal dalam satu kemalangan di Amritsar, India hampir 40 tahun lalu. Umurnya ketika itu dalam lingkungan 70 tahun.
Dalam nahas pada 18 Mei 1974 itu, Ram yang menaiki sebuah beca setelah menyelesaikan urusannya di sebuah bank tercampak keluar selepas beca itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta. Dia meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Episod kematian bapanya itu dirakamkan oleh wartawan Tim Donoghue dalam bukunya, Karpal Singh: Tiger of Jelutong yang terbit tahun lalu.
Menurut Donoghue, bapa Karpal yang menetap di Pulau Pinang ke Punjab untuk menziarahi sanak-saudara yang tinggal di sana.
Karpal yang baru memulakan kerjayanya sebagai peguam pada masa itu sedang mengendalikan satu kes bunuh di mahkamah di Alor Setar.
Ram berhijrah dari Punjab ke Tanah Melayu pada 1926 untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan membina hidup baru. Beliau meninggalkan antara lain abangnya, Maghar Singh Deo.
Menurut Donoghue, setelah tiba di Pulau Pinang dengan sebuah kapal dari Calcutta, Ram mencuba nasib bekerja sebagai jaga di sebuah lombong bijih dekat Ipoh sebelum kembali semula ke Pulau Pinang.
Selepas enam tahun di Tanah Melayu, Ram pulang ke kampungnya yang terletak kira-kira 64 kilometer dari Amritsar untuk menguruskan perkahwinannya dengan Kartar Kaur atas pilihan keluarga dan selepas itu kembali berseorangan ke Pulau Pinang.
Hanya tiga tahun kemudian, barulah Kartar menyertai suaminya di Pulau Pinang dan menetap di Jalan Green Hall.
Astro Awani
Thu Apr 17 2014
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman antara pemimpin wanita disegani dalam pentadbiran negara dan politik.
Noor Farida bekas duta besar ke Belanda cukup dikenali ketokohannya
Arwah pernah dilantik sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
'Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah' - Haiza Hanafi
Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah, rajin berkongsi rezeki serta ilmu sehingga membentuk kerjaya Haiza dalam dunia pengacaraan haiza pada hari ini.
Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
[BELASUNGKAWA] Selamat jalan Pak Hamid, terima kasih atas kebaikan yang ditaburkan...
Takdir telah menentukan seniman Hamid Gurkha dihadirkan kepada untuk mengisi kekosongan dalam diri sebahagian besar daripada kita.
Belasungkawa 'arkitek pembangunan ITM' Tun Arshad Ayub
Arshad dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM setelah bersara daripada perkhidmatan awam selepas berkhidmat selama 32 tahun.
Taib Mahmud kenang detik 'lamar' mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama
Masing seorang yang jujur dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengannya sebagai salah seorang menteri di bawah pentadbiran saya.