awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi bot Belaga: "Kawan Mas" ditemui 350 meter dari tempat ia karam

Bernama
Bernama
16/06/2013
04:25 MYT
Tragedi bot Belaga: "Kawan Mas" ditemui 350 meter dari tempat ia karam
Bot ekspres "Kawan Mas" kini dikesan terdampar di atas batu pada kedalaman lebih kurang 18 meter di Sungai Rajang, kira-kira 350 meter dari Giam Bungan, tempat ia mula tenggelam pada 28 Mei.
Ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata penyelam skuba dari Therra Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Petronas yang diberi tanggangjawab meneruskan Operasi Mencari dan Menyelamat, mengesan bot itu pada kira-kira pukul 5.45 petang semalam.
Katanya syarikat itu kini menunggu ketibaan tiga penyelam lagi, seorang jurutera laut dan semua kelengkapan yang diperlukan untuk mengapungkan bot berkenaan.
"Saya dimaklumkan bahawa kelengkapan mereka akan tiba di sini menjelang Selasa bagi membolehkan mereka memulakan kerja mengapungkan bot itu pada hari berikutnya.
"Kini, orang saya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam akan meneruskan usaha mencari di permukaan," kata Bakar, yang mengetuai operasi itu.
Ketika ditemui Bernama, penasihat teknikal Therra Horizon Kapten Khairul Azeman Mokhtar berkata operasi mengapungkan bot berkenaan merupakan proses berat dan rumit.
"Kami perlu melakukannya dengan amat berhati-hati. Kami tak mahu bot berkenaan pecah dalam proses ini. Perkara ini boleh terjadi akibat tekanan air.
"Kami juga meminta jurutera laut kami dari Kuala Lumpur datang untuk menyelia dan mengawasi seluruh operasi ini," katanya.
Kapten Khairul berkata pihaknya memerlukan sehari suntuk untuk memasang sistem pengapungan pada bot berkenaan.
"Selepas itu, kami perlu mengikat empat pelampung seberat lima tan setiap satu, sebelum mengepam udara kedalamnya," kata beliau.
Kapten Khairul berkata kerja mengepam udara itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan beliau menjangka bot berkenaan akan dapat diapungkan dalam masa dua hari.
"Kami harap dapat berbuat demikian apabila Empangan Hidro Bakun melepaskan airnya ke dalam Sungai Rajang agar kami mempunyai paras air lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata operasi mengapungkan bot itu adalah yang pertama seumpamanya di Sarawak dan ketiga di Malaysia setakat ini.
"Kawan Mas" membawa lebih 200 penumpang ketika ia karam di Giam Bungan, antara jeram paling berbahaya di bahagian hulu Sungai Rajang, setelah melanggar sebatang balak dan mengalami masalah enjin.
Kira-kira 213 penumpang terselamat, dua yang dikenali sebagai Roslin Jati, 34, dan Maurice Ajan, 22, masih hilang, manakala seorang disahkan meninggal dunia.
Sebahagian besar penumpangnya terdiri daripada pekerja yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun. Bot ini hanya dilesenkan membawa 64 penumpang.
Topic Berkaitan
#Belaga
#karam
#Kawan Mas
#lemas
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan