Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui

Astro Awani
Oktober 21, 2018 09:40 MYT
Mayat Md Abd Jalil dibawa keluar oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Bomba dari kawasan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus petang tadi. - Astro AWANI
Satu lagi mayat insiden tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, telah dijumpai dan kini sedang dibawa keluar dari kawasan pencarian berkenaan.
Mayat Md Abd Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui mati seramai tujuh orang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar, mengesahkan identiti mangsa terbaharu itu.

Pengarah @bombaJBPM P.Pinang, Tuan Saadon Moktar mengesahkan mangsa dikenali sebagai Md Abd Jalil, lelaki warga negara Bangladesh berumur 34 tahun. Mayat dijumpai kira-kira 4.30 petang tadi.@501Awani pic.twitter.com/HuIOzePcV6

— FA (@FirdausAzil) October 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Saadon berkata kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di George Town, yang tidak tersenarai dalam senarai mangsa yang dilaporkan hilang.
Ini susulan penemuan dua mayat pagi tadi, di mana satu daripadanya merupakan seorang warga Bangladesh yang tidak dilaporkan hilang.
Dalam insiden pagi tadi, mayat Mithu Hossain, 30 tahun, dikenal pasti serta-merta tetapi penemuan mayat Mustak Hossain, 25 tahun, mengejutkan kerana dia namanya tidak disenarai sebagai antara mangsa yang hilang.
Kedua-dua Mithu dan Mustak merupakan warga Bangladesh.
#bukit kukus #tanah runtuh