SERDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mayat Juliana, 38, yang lemas semasa menjala ikan bersama suami, Ahmad Suriadi, 40, telah ditemukan oleh pasukan penyelamat pada tengah hari Isnin.
Beliau berkata, mayat wanita tersebut dibawa naik ke darat pada jam 1.20 tengah hari dan jenazahnya telah disahkan oleh Ahmad Suriadi.
"Mayat Juliana ditemukan di Lombong D'Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana, dekat sini kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.
"Usaha mengesan mangsa terakhir iaitu anak bongsu mangsa bernama Riska Amelia, 4, masih giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan lima sekeluarga dibawa arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun, di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, sepasang suami isteri warga Indonesia dan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga 10 tahun dilaporkan sedang menjala di kawasan tersebut.
Kejadian itu menyebabkan kelima-lima mangsa tergelincir dan terjatuh, sebelum dihanyutkan ke sungai berhampiran.
Bagaimanapun suami dan anak lelaki kedua keluarga itu yang berusia sembilan tahun selamat, manakala anak sulung pasangan itu berusia 10 tahun ditemukan lemas pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Anggota JBPM membawa naik mayat Juliana yang ditemukan setelah hilang dibawa arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun di Kota Perdana, Seri Kembangan, Selangor pada Ahad. - Foto Ihsan JBPM
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.