awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2023
10:40 MYT
Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang
Seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang. - Gambar/ Sinar Harian
KEMAMAN: Operasi hari keempat mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu diteruskan dengan pencarian menggunakan dron bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih dekat sini.
Komander Operasi Unit Dron dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Mohd Taufiq Abd Satar berkata, pemantauan itu dijalankan di sektor B dan Sektor C susulan ia merupakan lokasi mayat terakhir ditemui terapung.
"Dari sini kami akan buat pemantauan secara berkala. Kita juga cuba kesan di lokasi-lokasi strategik apabila pasukan SAR sukar untuk sampai terutama di bawah jambatan dan kawasan yang ada banyak halangan seperti kayu.
"Jadi unit dron akan buat pemantauan dari atas. Kalau ada apa-apa maklumat, kita akan terus salurkan pada pasukan untuk 'mobilize' dengan bot atau pasukan di darat," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Taufiq berkata, seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang.
"Penggunaan teknologi ini bukanlah baru di Malaysia dan kita sedang mendalami aspek kemampuan dron itu untuk memberikan perkhidmatan terutamanya mengesan mangsa sewaktu SAR.
"Kemampuan dron tersebut boleh cari objek yang mempunyai kesan haba terutama pada waktu malam dan juga mempunyai kemampuan untuk zoom dari jarak jauh selain menyimpan rekod lokasi penerbangan dilakukan.
"Kita boleh gerakkan dengan pantas dron ini sehingga sejauh 10 kilometer dari udara sahaja. Jadi tak perlu melalui jalan darat dan itu antara kemampuan terkini dan baharu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kepala air
#jeram air putih
#operasi sar
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan