awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kepala air di Bidor: Orang ramai dinasihat berhati-hati ketika berkelah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/02/2024
00:40 MYT
Tragedi kepala air di Bidor: Orang ramai dinasihat berhati-hati ketika berkelah
Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL). - Gambar Bernama
IPOH: Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini, seperti insiden kepala air di sungai Kampung Poh, Bidor pada Rabu.
Menurutnya, pada pukul 4.10 petang, pihaknya menerima maklumat mengenai satu kejadian kepala air berlaku di Kampung Poh, Bidor.
“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai kanan dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah telah digerakkan untuk mengawal situasi di tempat kejadian.
“Operasi menyelamat ini turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPm) dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Jabatan Pertahanan Awam dan Hospital Tapah.
Dalam kejadian itu, seorang wanita meninggal dunia manakala tiga anaknya dikhuatiri hilang kerana dihanyutkan arus deras ketika mereka berkelah di kawasan berkenaan.
Tiga orang lagi yang turut berkelah bersama-sama mereka, termasuk seorang pengasuh warga Indonesia terselamat.
Mangsa yang meninggal dunia, Aszura Bani, 37, ditemui sejurus selepas kejadian berhampiran jambatan di sungai berkenaan, manakala mayat anaknya, Hafiy Muhayat Azam, 4, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian, kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Dua lagi anak mangsa yang masih hilang ialah Hanum Marissa, 2 dan Hanna Mikayla, 7.
Operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan malam tadi, disambung semula pagi ini.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kepala air
#Bidor
#Mohd Yusri Hassan Basri
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan