CHUKAI: Anggota pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi kepala air Jeram Air Putih di sini bukan sekadar mengerah keringat malah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan semua mangsa segera dibawa 'pulang'.
Ini termasuk membina sendiri usungan bagi mempercepatkan usaha mengeluarkan salah seorang mangsa Putri Alleya Maisarah Karim, 16, daripada lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Pegawai Kanan Penguasa Bomba Zailani Abdullah berkata mayat remaja itu ditemukan pada hari ketiga SAR di sektor A, di atas beting pasir pada ketinggian lima meter (m).
Zailani berkata pada awalnya dia dan empat lagi anggota dalam kumpulannya yang ketika itu membuat pencarian di air, mahu membawa mayat tersebut meredah kawasan bukit kerana tidak membawa usungan bersama.
Bagaimanapun, disebabkan geografi kawasan di sektor itu agak mencabar, mereka membuat keputusan untuk membina sendiri usungan menggunakan sumber yang ada di sekeliling lokasi berkenaan.
"Kami potong beberapa batang kayu dalam panjang dua hingga tiga meter lalu mengikatnya untuk meletakkan mayat tersebut di atas bot. Itu semua perlu dilakukan sebab kami mahu bawa jenazah turun ke tempat yang ada akses Hilux polis untuk dibawa ke Pusat Kawalan Operasi.
"Sebab kalau nak tunggu pasukan lain untuk hantar usungan sudah tentu akan mengambil masa yang lama," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini.
Menyifatkan tragedi itu sebagai yang terburuk sepanjang 12 tahun perkhidmatannya kerana jumlah mangsa lemas yang ramai, Zailani berkata penemuan mayat Putri Alleya Maisarah adalah pada saat-saat akhir sebelum operasi hari itu ditamatkan.
"Mangsa dijumpai pun masa saya selusur sungai untuk balik ke Pusat Kawalan Operasi... kira memang (operasi) nak berhenti dah. Syukur dalam keadaan begitu sekalipun, rezeki kami untuk jumpa juga mayat tersebut," katanya.
Selain Putri Alleya Maisarah, pasukan Zailani turut menemukan dan menguruskan proses membawa keluar mayat Karim Abdullah, 39, Isnin lepas.
Sementara itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Staff Kanan (PA), Nik Mohd Firdaus Nik Mohd Redzuan berkata apabila dimaklumkan pejabat APM Kemaman memerlukan bantuan, beliau yang bertugas di pejabat APM Marang berharap agar terpilih untuk turut serta.
"Selain APM Marang, turut hadir membantu ialah dari pejabat APM Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. Memang hadapi kesukaran terutamanya dari bentuk muka bumi di lokasi SAR yang curam, berbukit-bukau serta arus air sungai yang deras.
"Bagaimanapun, tetap menjadi sasaran kami semua yang terlibat dalam SAR ini untuk berusaha sehabis baik sehingga kesemua mangsa ditemui. Itu kepuasan buat kami semua dan untuk keluarga mangsa... Insya-Allah akan ada senyuman walaupun dalam tangisan," katanya.
Memasuki hari keenam SAR, sembilan mayat daripada keseluruhan 10 mangsa telah ditemukan dengan lapan daripadanya telah disahkan identiti dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu.
Mayat kesembilan yang ditemui hari ini, setakat berita ini disunting, belum disahkan identitinya secara rasmi, namun polis tidak menolak kemungkinan ia adalah Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor.
Mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pengecaman oleh waris dan bedah siasat.
Operasi SAR melibatkan 242 anggota dan lapan ekor anjing pengesan dari Unit K9 JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dihentikan sementara pada 12 tengah hari tadi dan disambung semula 3 petang ini bagi mengesan satu lagi mangsa yang masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih Kemaman yang masuk hari kelima semasa tinjauan di Kampung Teladas hari ini. - Foto BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Tragedi kepala air: Jenazah tiga beradik dikebumi satu liang lahad
Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis.
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
Tragedi kepala air: Pusat kawalan operasi SAR dipindahkan ke BBP Cheneh
Operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok.
Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir fokus di sektor A
Pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil.
Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi
Mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah.
Tragedi kepala air: Pasukan SAR buat usungan dengan batang kayu
Anggota pasukan SAR tragedi kepala air Jeram Air Putih bukan sekadar mengerah keringat malah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan semua mangsa segera dibawa 'pulang'.
Tragedi kepala air: Operasi SAR kesan dua lagi mangsa diteruskan
Operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM dan PGA selain turut dibantu orang awam.
Tragedi kepala air: Gagal temui petunjuk, PKTK polis ditutup
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menye